Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang ditahan kerana dipercayai merakam operasi serbuan polis di sebuah rumah di Petaling Jaya, dekat sini, pada 7 November lepas, akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan melibatkan individu berusia 24 tahun itu, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada hari ini.

Beliau berkata, keterangan telah direkodkan membabitkan individu berkenaan dan pertuduhan akan dibuat pada 10 pagi di Mahkamah Petaling Jaya.

“Ia dibuat di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan, kerana mengingkari suatu perintah yang diisytihar oleh seorang penjawat awam,” katanya kepada Bernama.

Pada 7 November lepas, Bernama melaporkan seorang lelaki ditahan kerana menghalang tugas polis, dengan merakam video operasi serbuan ke atas seorang individu, berhubung siasatan kes Akta Hasutan melibatkan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY), di sebuah rumah di Petaling Jaya.

Lelaki itu didapati merakam video operasi serbuan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit, selain turut menyiarkannya menerusi Facebook Live. – MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. Ini suatu perkara yang amat serius ni, perlu dihukum keras!

    Macamana budak2 UM ni boleh menjadi bergitu biadap? Dahulu graduan guaman mereka dikatakan terlibat dalam video sex luar tabie dengan seorang menteri kanan?

    Tak ada subjek moral ke apa kat sana?

  2. Al-Maunah memerangi YDPA, dihukum gantung sampai MATI dan ramai yang dipenjara seumur hidup!

    Yang ni juga dikira memerangi YDPA, rakyat nak tengok hukuman apa pula yang akan dijatuhkan?

    Harap undang2 tidak bersifat RASIS, berpilih2, ramai yang nak tengok keluhuran undang2, adakah ianya akan dilaksanakan?

Comments are closed.