Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mesyuarat dalam talian sempena Sidang Kemuncak Asean ke-27 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 10 NOVEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak berganjak daripada pendiriannya sebelum ini dalam memperjuangkan hak rakyat Plaestin.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel adalah menjadikan Palestin negara bebas, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara.

“Pendirian Malaysia konsisten dan teguh dalam perjuangan hak rakyat Flag of Palestinian Territories Palestine. Satu-satunya penyelesaian yang boleh diusahakan terhadap konflik Palestin-Israel adalah penubuhan negara Palestin yang bebas, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara,” katanya.

Beliau berkata perkara tersebut dibangkitkannya ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN pagi tadi.

“Ini penting supaya seluruh dunia terutama negara ASEAN tahu betapa teguhnya sokongan serta tekad Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin.

”Pendirian ini tidak akan berganjak sampai bila-bila,” kata beliau.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan Mesyuarat Berkaitan diadakan secara maya 9 hingga 15 November ini yang akan dihoskan oleh Vietnam, Pengerusi ASEAN untuk tahun 2020.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Macam mana pendatang buruh asing ada hak warganegara dengan negara-negara asal masing-masing dibawa masuk penjajah British untuk menguntungkan ekonomi British ada hak pula diberi warganegara tempatan yang sewajarnya diberi warganegara British?

Comments are closed.