Dua suspek berusia 31 dan 40 tahun yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun di Rasah Jaya, semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Polis mendapatkan reman selama tiga hari bagi menyiasat seorang lelaki yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis mendapatkan reman selama tiga hari bagi menyiasat seorang lelaki yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan semalam.

Perintah tahanan reman yang dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Tapah, Perak hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, lelaki terbabit yang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis selepas memandu melawan arus semata-mata mahu mengelak dari Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Sungkai.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail menyatakan pihaknya menerima laporan mengenai insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu pada pukul 6.08 petang semalam.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila T. Yugeswaran, 34, yang memandu Perodua Axia dari Klang, Selangor ke Bidor, Tapah untuk menyambut Deepavali nekad melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara selepas melihat SJR polis.

Akibat tindakan berbahaya itu, tiga kenderaan termasuk sebuah treler terlibat kemalangan di lebuh raya tersebut kira-kira jam 6.06 petang.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu dirakam seorang pengguna lebuh raya hingga video berdurasi 16 saat tular di laman sosial Facebook. – MalaysiaGazette