Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad membidas tindakan berbaur fitnah yang dilakukan segelintir pihak dengan mendakwa beberapa pemimpin UMNO termasuklah dirinya adalah cenderung menyokong parti lain selain UMNO.

Katanya, dakwaan yang mengatakan dirinya ‘berwajah UMNO tapi berjiwa PPBM’ adalah tidak benar sama sekali.

“Dakwaan ini adalah fitnah dan sengaja disebarkan sebagai cara pihak tertentu untuk merosakkan kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap para pemimpin UMNO termasuklah saya sedangkan jiwa saya tetap teguh kepada perjuangan UMNO ‘bersatu, bersetia dan berkhidmat’,” katanya kepada UMNO Online hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong menegaskan akan terus mendukung apa-apa keputusan dalam UMNO khususnya dalam perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Terdahulu tular grafik yang mengaitkan dirinya termasuk beberapa pemimpin UMNO iaitu Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin dengan dakwaan mereka tidak berjiwa UMNO. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mendukung apa-apa keputusan dalam UMNO khususnya dalam perjuangan demi agama, bangsa dan negara? Mendukung siapa2 pun boleh mendukung!

    Sebagai leader, Umno, MN memerlukan idea2 bernas, outstanding, generating idea untuk memenangi hati rakyat! menyatukan orang2 Islam!

  2. Tahukah anda usaha2 menyatukan orang2 Islam telah diambil oleh natizen2, bloggers2, Isma, persatuan pengguna2 Islam dsb, mereka berusaha keras!

    Kalau tak mampu berbuat demikian eloklah tawarkan diri untuk tidak lagi bertanding didalam PRU akan datang?

Comments are closed.