Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang kontraktor bagi membantu siasatan kes cabul tiga adik beradik dan salah seorang daripada mereka merupakan orang kelainan upaya.

Kontraktor berusia 52 tahun itu adalah bapa tiri kepada tiga beradik berkenaan.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Selayang esok untuk direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 377C KK/Sek 14(a) Akta Kesalahan seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Salah seorang mangsa mendakwa suspek sering melakukan perbuatan mencium, memeluk, meraba dan memasukkan jari dalam kemaluannya semasa ibunya tidur atau tiada rumah.

Dia yang masih bersekolah di Tingkatan 2 memberitahu polis, kejadian tersebut berlaku antara Februari dan Oktober lalu.

Bagaimanapun, mangsa berkata, ayah tirinya mengugut supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian tersebut.

Selain itu, dua orang kakak pengadu yang berumur 20 dan 15 tahun juga turut dicabul oleh ayah tirinya itu.

Abang serta ibu saudara mangsa telah membuat laporan polis sebaik mengetahui tentang kejadian tersebut.

Ketiga-tiga mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan perubatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast