Ramai dalam kalangan umat Islam di negara ini keliru antara mihrab dan mimbar.Rata-rata menganggap mihrab itu sebagai mimbar sedangkan kedua-duanya berbeza. Ini kerana, mimbar merupakan satu platform di dalam masjid tempat khatib membaca khutbah setiap kali solat Jumaat atau solat sunat hari raya.

Menurutnya, asal usul mihrab dikatakan bermula sejak zaman ibu kepada Nabi Isa iaitu Siti Mariam yang selalu bermunajat dengan Allah di hadapan mehrab dan doanya makbul.

Sejak itu mihrab diwarisi sejak zaman berzaman sehingga ia dikomersialkan hari ini.

“Jika kita beribadah dengan Allah mengadap mihrab rasa khusyuk itu mungkin berlainan berbanding jika tidak dengannya.

“Hanya orang yang faham sahaja tentang perkara itu akan mendalami serta merasai nikmat dan kepentingan mihrab dalam ibadahnya di rumah sehari-hari,” kata Syed Ali kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.