Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru semua negara supaya tidak menghentikan kempen vaksinasi walaupun penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca digantung sementara ekoran keprihatinan tentang soal keselamatannya.- Gambar hiasan.

GENEVA – Seramai 65 orang kakitangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di ibu pejabatnya dijangkiti virus Covid-19 sejak awal wabak itu muncul dan kes-kes kluster itu sedang disiasat.

Maria Van Kerkhove, Ketua Teknikal WHO untuk Covid-19 berkata, lima kakitangan itu telah positif dalam seminggu lalu.

“Mereka mengalami simptom ringan atau tidak bergejala,” katanya.

Pakar Kecemasan WHO, Mike Ryan memberitahu, daerah Swiss di sini, yang menjadi pusat WHO dan Vaud yang terletak berhampiran mempunyai “beberapa transmisi paling teruk di dunia sekarang.”

”Dalam pengetahuan saya, kluster yang sedang disiasat adalah bukti pertama penularan berpotensi di WHO, tetapi kami tidak dapat melindungi diri kami sepenuhnya daripada hubungan sosial dan lain-lain dengan keluarga dan sekolah serta banyak perkara lain,” katanya.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus telah kembali bertugas pada hari Isnin selepas menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada individu yang didapati positif Covid-19.

“Saya baik-baik saja, tidak ada gejala. Hari ke-17 sekarang. Saya mengikuti protokol. Disebabkan tidak ada gejala dan juga tindak lanjut protokol, saya tidak melihat keperluan untuk ujian lagi. Saya dapat memberi jaminan bahawa saya baik-baik saja dan sebenarnya sangat sibuk,” kata Tedros. – MalaysiaGazette