Manis Muka Mohd Darah

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya,  Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu hari ini.

Terdahulu beliau dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan akibat masalah buah pinggang.

Pagi tadi anaknya Fara Deeba Sabardin menerusi Facebook memohon semua keluarga dan rakan taulan mendoakan kesihatan ibunya.

Manis Muka, yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Sabah (Warisan) Semporna mempertahankan kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Meskipun berhadapan dengan tujuh penjuru beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut apabila meraih majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi.

Allahyarham aktif dalam politik sejak 1985 dan pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Semporna sebelum menyertai Warisan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.