(Picture for representational purposes only) Foreign construction workers queuing up for their Covid-19 screening following the outbreak at Jalan Batai, Bukit Damansara. PIX: AFIQ RAZALI / MalaysiaGazette / 09 MAY 2020 foreign workers intake Ministry of Human Resources
Pekeliling kononnya kerajaan dalam proses menamatkan khidmat pautan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang digunakan untuk tujuan pemprosesan dan pengurusan pekerja asing ke Malaysia adalah palsu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Semua kontraktor utama perlu memastikan pekerja binaan menjalani ujian swab Covid-19 tiga hari sebelum memasuki tapak.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Malaysia (CIDB), berkata gesaan ini berikutan peningkatan kes Covid-19 di tapak-tapak pembinaan sejak kebelakangan ini.

“Gesaan ini dibuat berikutan hasil siasatan CIDB dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapati kenaikan mendadak kes Covid-19 di tapak-tapak pembinaan sejak kebelakangan ini berpunca daripada pekerja binaan di bawah subkontraktor yang berpindah daripada satu tapak pembinaan ke tapak yang lain apabila projek sebelum itu selesai.

“Keadaan ini menyebabkan penularan Covid-19 dari satu tapak pembinaan ke tapak pembinaan yang lain di sekitar Lembah Klang,” kata CIDB menerusi kenyataan.

Terbaru, KKM merekodkan Kluster Damanlela mencatat kes Covid-19 tertinggi kerana pekerja binaan yang digunakan bertukar dari satu projek ke projek pembinaan lain .

Selain itu CIDB turut menggesa agar Prosuder Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi setiap masa oleh pekerja pembinaan.

“Mengikut SOP yang telah ditetapkan, kontraktor perlu melantik seorang atau lebih penyelaras bagi membuat penyelarasan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.

“Mereka juga perlu mewujudkan Protokol Tindak Balas Kecemasan bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara pengurusan kes-kes kecemasan sekiranya terdapat jangkitan atau siasatan berkenaannya,”kata CIDB lagi.

KKM semalam melaporkan daripada 1,103 kes positif Covid-19 yang baru, sebanyak 385 adalah daripada Kluster Tapak Bina Damanlela di Kuala Lumpur.

Jumlah itu adalah yang tertinggi antara kluster-kluster lain.-MalaysiaGazette