Kira-kira 13,190 pekerja kelihatan masih boleh keluar dan masuk seperti biasa di syarikat pengeluar sarung tangan Top Glove meskipun asrama pekerjanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa, hari ini.

Berbanding PKPD di kawasan lain, mereka masih dibenarkan keluar bekerja walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan 215 kes positif Covid-19 di dalam asrama pekerja Top Glove.