Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2018
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

KUALA LUMPUR – Setiap ahli Parlimen perlu patuh kepada arahan ketua whip dalam membuat undian bagi menyokong rang undang-undang dibawa kerajaan, termasuk Belanjawan 2021.

Peringatan itu diberikan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razeleigh Hamzah.

Menurut Annuar, kenyataan Tengku Razaleigh yang meminta ahli Parlimen membuat undian di Dewan Rakyat mengikut ketetapan sendiri dan tidak mengikut ketetapan parti adalah tindakan yang melanggar mandat diperolehi parti semasa pilihan raya sebelum ini.

“Kita semua faham, kita adalah wakil rakyat yang dipilih oleh parti. Kita bertanggunjawab untuk dokong keputusan parti dan kita juga buat keputusan menggunakan sistem whip.

“Bila parti buat keputusan, ketua whip akan berikan arahan dan kita akan undi mengikut arahan whip.

“Kalau ada ahli parti yang hendak bertindak sendiri, maka bila sampai pilihan raya, tidak perlu lagi parti, buat keputusan sendiri jugalah.

“Kalau tidak mahu ikut parti, tidak mahu patuh pada arahan parti, maka kena bersedia juga terima tindakan tertentu (yang dibuat oleh) parti,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Annuar berkata, ketua whip parti ketika ini sudah memberikan arahan dan ahli Parlimen BN akan menyokong RUU yang dibawa kerajaan dan menyokong RUU Belanjawan 2021. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. MU SAPER TSAM.?JURUCAKAP PADA ABAHLEMBU ATAW HAMZAHANAT.?KES MARA PON SENYAP YER SKANG,YANG D AUSTRALIA DAH KENA DAKWA,KAT MALAYSIA JER KES2 PROFIL TINGGI DIA PILIH ORANG,LAW JENIS ANJING PATUH MENYALAK, BILA TUAN DIA SURUH,MAKA SELAMAT LAH..HEBAT MALAYSIA NI..
    MASA HILANG KUASA SIANG MALAM MELALAK MELAYU,MELAYU,ISLAM..DAH DAPAT KUASA ORANG SEDEKAH,LUPA DIRI,BONGKAK,.AKAR UMBI PATUT BUANG ORG MACAM NI,TUNGGU LA PRU 15,TAHU LA MANO NOK HUMBAN MU..

  2. SEDAP MULUT SI NUAR ni, sedap2 je bagi amaran…Apasal kau xbagi amaran yg sama kpd si KOTAK LOMPAT UMNO yg berada dlm ppbm bahkn kau bekerjasa erat dan jilat mereka pula…Pls jgn DOUBLE STANDARD wahai si nuar…Itulah kau jilat kuat sgt si midin, jemin dn juga mejah..

Comments are closed.