Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai ketika hadir ke Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan ketika di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa akan menjawab tuduhan Tan Kok Wai kononnya sebanyak 42 plot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah terjual sejak beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Menurut Annuar, beliau ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan media berkaitan tuduhan tersebut dan akan berkongsi tentang perkara itu jam 11 pagi ini di pusat media di bangunan Parlimen.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, tuduhan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan umpama ‘orang mengantuk disorongkan bantal’.

“Insyaallah, saya ada berita menarik untuk dikongsi dengan media, esok jam 11.00 pagi di pusat media Parlimen. Kita jumpa di sana…”orang mengantuk disorongkan bantal”,” katanya.

Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras itu semalam menuduh sebanyak 42 plot tanah DBKL telah terjual sejak Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan empat daripada tanah tersebut berada di dalam Parlimennya. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai ini lah ketua yg menyusahkan rakyat dalam bandar itu sbb marah bila pengharaman arak dijual di kedai .
    Tengok perut boroi dia dah tahu kaki botol

Comments are closed.