Jeneral Angus Campbell. Foto Agensi.

SYDNEY – Ketua Angkatan Tentera Australia mengesahkan terdapat anggota pasukan khasnya telah melakukan sebanyak 39 pembunuhan haram di Afghanistan.

Pada 2016 lalu, Australia melancarkan satu inkuiri terhadap anggota pasukan khasnya yang dilaporkan media tempatan telah membunuh orang tidak bersenjata termasuk kanak-kanak dalam tempoh 2005 hingga 2016.

Ketika membacakan butiran dapatan inkuiri berkenaan, Jeneral Angus John Campbell berkata, terdapat bukti yang menunjukkan seramai 25 anggota pasukan khas Australia telah membunuh tahanan dalam penjara, pekebun serta rakyat biasa yang lain.

“Ketua Polis menemui maklumat sahih yang mengaitkan 23 insiden pembunuhan haram melibatkan 39 mangsa oleh 25 anggota pasukan khas Australia terutamanya daripada Regimen Khas Udara,” kata Campbell kepada wartawan di Canberra.- MalaysiaGazette