Olivier Giroud

LONDON – Agen pemain Chelsea, Olivier Giroud membidas layanan buruk yang diberikan pengurus pasukan, Frank Lampard terhadap bintang Perancis itu di Stamford Bridge.

Tindakan Lampard yang menurunkan Tammy Abraham menggantikan Giroud disifatkan tidak adil.

Pemenang Piala Dunia itu hanya beraksi sekali pada musim ini dan masuk sebagai pemain gantian ketika psukannya berhadapan Tottenham Hotspur pada saingan Piala Carabao.

Pemain baharu, Timo Werner kini menjadi pilihan di bahagian  serangan.

Agen Giroud mengkritik pendekatan pelik Lampard yang menyifatkannya sebagai tidak profesional yang akan memberi kesan jangka panjang pada penyerang itu.

“Jika keadaan ini berterusan, pada Disember 2020 nanti Lampard akan sedar kedudukan sebenar pasukan berbanding Disember 2019 dalam carta liga musim ini,” katanya. – MalaysiaGazette