Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa (dua kanan) semasa melawat gerai perniagaan pada Majlis Penyerahan Lesen Perniagaan Kepada Usahawan Muda Kota Wilayah Persekutuan Putrajaya di Tapak Food Truck Presint 14, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 20 NOVEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Langkah untuk menolak Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat bersifat politik.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah untuk menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 itu amat tidak sesuai tatkala rakyat di negara ini kian terhimpit kerana Covid-19.

“Kalau ada yang nak tolak itu lebih kepada kerana politik tapi saya rasa (penolakan) tak sesuai masa rakyat tengah susah dan bajet ini perlu untuk mereka semua.

“Peruntukan untuk nelayan, penoreh getah, bonus pegawai kerajaan dan keperluan kementerian pun ada dalam itu.

“Kalau kita nak main politik, saya rasa tidak berapa sesuai,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ketika hadir menyerahkan lesen perniagaan ruang niaga di tapak usahawan belia di sini hari ini.

Jelas Annuar, BN ketika menjadi pembangkang tidak bersifat menentang RUU Perbekalan 2020 yang dibentang kerajaan PH ketika itu.

“Waktu kita jadi pembangkang, kita sokong bajet kerajaan PH. Kita tegur dan kita cadang penambahbaikan ada juga yang kita pertikaian.

“Tapi kita masih sokong bila bajet itu nak diundi. Kita tidak boleh main politik sebab setelah kita bincang dan bahas, kerana apa yang kita bincang dan bahaskan itu kadang-kadang tidak ada dalam dokumen RUU.

“Ia hanya diperingkat dasar. Bajet ini ada dua, fiskal dan bukan fiskal. Yang fiskal itu tertulis dan kita bahaskan sampai ke peringkat jawatankuasa misalnya,” katanya.

Untuk rekod, BN menjadi pembangkang selama 22 bulan selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 pada Mei 2018 lalu.

Annuar berkata sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan memberikan kesan kepada peruntukan negara khususnya bajet fiskal negara.

“Tidak salah untuk kita cadangkan dasar dan penambahbaikan seperti sambung moratorium dan akaun 1 KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) boleh dikeluarkan.

“Saya rasa itu elok dan bagus dan kerajaan perlu ambil perhatian. Bukan bermakna apabila bajet dibentangkan, itu sahaja yang lain sudah tidak boleh dibuat.

“Itu gunakan perbahasan. Semua menteri telah diarahkan untuk mengutip point yang dibangkitkan satu persatu oleh semua wakil rakyat. Dan peringkat kementerian perlu buat penjelasan.

“Bila masa mengundi nanti, saya rasa tidak ada sebab untuk mana-mana ahli Parlimen untuk tidak mengundi,” katanya lagi.

Semua 220 ahli Parlimen di Dewan Rakyat akan mengundi pada 26 November depan samada untuk meluluskan atau tidak belanjawan pertama yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Menurut hikayat anwar pel….t kerajaan muhyidin telah jatuh tanpa perlukan belanjawan.tetapi Hakikatnya ANWAR yang gila NOMBOR EKOR kepala dan kuasa bukanlah PM sekarang Punahlah haeapan….biasa pembangkang akan membentangkan belanjawan bay angan utk menyaingi belanjawan negara…tetapi hanya menyalahkan dan tidak puas hati. Manifesto PRU14 pun jelas mereka KHIANAT MANDAT rakyat apa lagi nak sembang belanjawan akhirnya TERUS temberang.

  2. LEPAS PRU 15 NI BOLEH LA BUKA KES MARA YER..RAKYAT TAK LUPA PUNYA,SKANG MU ADA KUASA PAYUNG ABAHLEMBU KAU..
    DAN PRU 15 NANTI SILA BERTANDING TIKET PPBM,JANGAN GUNA NAMA BN,LAW NAK JUGA BERTANDING TIKET BN,KAMI AKAN LETAK.CALON BEBAS LAWAN MU,
    YANG PENTING KES MARA BUKA SEMULA NANTI..STENBAI LAH.

Comments are closed.