Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemulihan ekonomi Malaysia dijangka berbentuk U dan bukannya V (secara perlahan dan bukannya mendadak) disebabkan oleh pelaksanaan semula kawalan pergerakan akibat peningkatan kes Covid-19.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali, kerajaan berusaha untuk mengekang penularan virus tersebut tanpa menjejaskan perniagaan apabila mengenakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun begitu katanya, masih banyak yang boleh dibuat untuk melandaikan lengkung kes.

“Nampak gayanya itulah situasi sekarang tetapi perjalanannya masih lambat.

“Pendekatan terbaik adalah melaksanakan PKP bagi mengekang penularan tetapi ia akan memberi impak buruk kepada ekonomi,” katanya ketika ditanya mengenai prospek berbentuk U.

Beliau berkata demikian semasa ditemu bual oleh Bloomberg TV.- Agensi