Penduduk Rusia memakai pelitup muka ketika berjalan di bandar Moscow. foto Agensi

MOSCOW – Kes jangkitan Covid-19 di Rusia melepasi 2 juta selepas merekodkan tambahan 23,610 kes lagi dalam tempoh 24 jam pada hari Khamis.

Dengan penambahan tersebut, jumlah kes Covid-19 meningkat kepada 2,015, 608.

Sebanyak 463 kematian baharu dilaporkan, memecahkan rekod untuk hari ketiga berturut-turut dan menjadikan jumlah kematian di seluruh negara sebanyak 34,850.

Dalam pada itu, sebanyak 1,526,656 pesakit telah pulih, termasuk 25,573 orang pesakit sehari sebelumnya.

Moscow, wilayah yang paling teruk dilanda jangkitan, menjadikan 6,438 kes baharu sejak satu hari lalu dan 533,068 kes di ibu negeri itu sahaja.

Rusia kekal di tangga kelima dunia dan yang kedua di Eropah dari segi jumlah kes.

Semasa pertemuannya dengan Kabinet pada hari Rabu, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, walaupun keadaan terkawal, namun keadaan wabak di wilayah tertentu tetap tegang.

Secara keseluruhan, semakin banyak orang mengalami penyakit yang teruk dan terdapat peningkatan kadar kematian, katanya. – MalaysiaGazette