Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,096 kes positif Covid-19 baharu telah direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat jam 12 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, angka itu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia ketika ini ialah 54,775.

Jelasnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula ialah sebanyak 12,843 kes dengan 106 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi manakala 46 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini, jumlah kes Covid-19 yang sembuh ialah 1,104  kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 41,597 kes.

“Sebanyak 1,090 kes adalah penularan dalam negara manakala enam kes mendapat jangkitan dari luar negara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, hari ini sebanyak tiga kematian direkodkan membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berusia 68 hingga 90 tahun yang semuanya kes di Sabah.

Kes kematian yang direkodkan setakat ini sebanyak 335 kes atau 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast