KOTA TINGGI – Seramai 34 warga asing disaman polis atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Khas (Warga Asing) di sekitar bandar daerah ini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Tinggi menjalankan operasi khas tersebut antara pukul 7 hingga 10 pagi tadi.
“Menerusi operasi ini, 18 kenderaaan turut disita membabitkan 15 motosikal dan tiga kereta yang dinaiki warga asing.
“Semua sitaan dilaksanakan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi khas itu dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada penunggang dan pemandu kenderaan yang juga pemegang kewarganegaraan asing bagi tujuan pemeriksaan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya. – MalaysiaGazette















