Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

PUTRAJAYA – Sehingga semalam, sebanyak 334 kluster Covid-19 dikesan termasuk empat yang baharu baharu hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, keempat-empat kluster baharu itu adalah Kluster Bintang yang melibatkan para pekerja di sebuah tapak pembinaan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Sehingga kini, katanya, sebanyak 95 kes positif daripada 608 yang telah disaring daripada kluster berkenaan.

“Kes-kes kluster ini dilaporkan positif antara 17 November sehingga hari ini melalui saringan bersasar yang dijalankan di kawasan tersebut,” katanya ketika sidang media perkembangan Covid-19 hari ini.

Seterusnya adalah Kluster Indah Mas di Titiwangsa, Kepong dan Petaling Jaya.

“Sehingga hari ini sejumlah 41 individu telah disaring di mana 10 kes telah dikesan positif,” katanya lagi.

Selain itu dua lagi adalah Kluster Teja Kasih dan Kobena.

“Kluster Teja Kasih melibatkan Kampar dan Kinta, Perak. 130 individu telah disaring di mana 41 kes positif. Kluster Kobena melibatkan Johor Bahru dan 13 dikesan positif,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak tiga kluster tamat hari ini.

“Tiga kluster tamat adalah Kluster Jambul, Kluster Surat dan Kluster Hampar,” katanya lagi.-MalaysiaGazette