Mohd Puad Zarkashi UMNO Deputy Prime Minister Ismail Sabri Yaakob cabinet reshuffle
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Sejumlah 7.6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh ‘menghukum’ Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kekal menolak cadangan pengeluaran caruman akaun 1 kumpulan simpanan wang itu.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi, Perdana Menteri boleh ‘dihukum’ pencarum KWSP ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) kelak sekiranya tetap tidak mahu meluluskan cadangan tersebut.

“PM tidak takut pada mana mana kumpulan. Tetapi dia akan bertembung dengan ‘satu kumpulan’ di PRU-15 nanti. Iaitu Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

“Kumpulan ini ada 7.6 juta ahli aktif. Ahli UMNO cuma 3.5 juta sahaja. Tunggulah di PRU nanti, kalau PM kekal tolak keluar one off RM10K dari Akaun 1 termasuk syarat ketat I-Sinar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Puad, sekiranya ini berlaku, maka akan berlaku pertembungan ‘buku dengan ruas’ yang mana kuasa rakyat bakal menjadi penentu kepada masa depan pemerintahan Muhyiddin.

Katanya, Muhyiddin masih mempunyai tiga hari lagi untuk membuat keputusan sekirana mahu sokongan ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat semasa undian bagi meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021.

“Tinggal tiga hari lagi bajet akan diundi. PM nampak berkeras. Dia tidak takut dengan sokongan bersyarat parti lawan apatah lagi UMNO.

“Dia juga tidak takut pada Najib, Mahathir, Anwar, dan Zahid. Itu ‘semua kacang’ pada dia. Ku Li sudah putus tidak mahu bahas bajet. Itu bermakna PN (Perikatan Nasional) hilang satu undi,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ahil Patlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan tidak akan membahaskan Belanjawan 2021 sehingga Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan usul undi percaya terhadap kerajaan PN.

Semalam, pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, Muhyiddin perlu akui hilang majoriti jika RUU itu tidak diluluskan di Dewan Rakyat.

Katanya, situasi itu akan menjadi lebih rumit dan merugikan jika dibuat pelantikan perdana menteri baharu yang perlu membuat semula RUU Perbekalan untuk 2021. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.