negatif Covid-19 dalam ujian saringan terbaharu oleh Mohamed Salah memberi keceriaan di kem Liverpool yang akan berdepan Atalanta dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah pagi Rabu ini.

LONDON – Keputusan negatif ujian saringan Covid-19 terhadap Mohamed Salah pada Isnin memberi kelegaan kepada Jurgen Klopp ketika pasukan the Kops dilanda dilema kecederaan pemain semasa jadual padat liga domestik dan antarabangsa.

Pengurus Liverpool itu mengesahkan dengan perkembangan terbaharu itu, Salah dijangka beraksi dalam pertemuan Liga Jura-Jura Eropah menentang Atalanta Rabu ini.

Pada 13 November lalu, bintang Mesir itu disahkan positif semasa bersama pasukan kebangsaan selepas menyertai parti perkahwinan adiknya.

Bagaimanapun pada Jumaat lalu, Salah dilaporkan akan pulang ke London walaupun disahkan negatif dalam saringan Covid-19.

Namun Klopp memaklumkan pemain itu akan beraksi dengan pasukan pertama dalam aksi kumpulam bertemu Atalanta di Anfield Rabu ini.

“Saya dengar (Salah negatif Covid-19), Esok dia akan menjalani ujian Covid-19 UEFA, kini dia boleh berlatih dengan kami.

“Sebanyak dua ujian saringan dijadualkan untuk Salah pada dua hari berikutanya sepertimana kami,” katanya.

Walaupun beraksi tanpa kelibat Salah, the Kops mampu mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Leicester City yang mengungguli carta liga sebelum ini.

Lapan pemain Liverpool kini dilanda kecederaan dan berita kesihatan Salah memberi harapan kepada Klopp untuk menyusun strategi pasukan berdepan aksi antarabangsa pagi Rabu.-MalaysiaGazette