Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau sebenarnya tidak cenderung untuk menyokong permintaan rakyat untuk mengeluarkan simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Namun, katanya, beliau akhirnya beralih selepas mendapati kerajaan sudah tidak berupaya untuk memberi bantuan lebih.

Bekas Perdana Menteri itu sudah berfikir panjang mengenainya tetapi tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk pemerintah hari ini telah memansuhkan penyelesaian jangka panjang itu.

Beliau mendakwa PH telah menggunakan sebanyak RM84 bilion daripada rizab Petronas dan negara kehilangan hasil Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM20 bilion selepas digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

”Dulu, kita kurangkan defisit negara dan nisbah hutang negara untuk lapan tahun berturut-turut. Tapi dinaikkan semula oleh Kerajaan PH dengan kadar paling laju selepas SST ganti GST di samping ekonomi yang dijahanamkan mereka.

”Sekarang, kerajaan mengalami kekangan wang dan defisit kerajaan untuk membantu rakyat pada zaman Covid sebab gelombang ketiga tercetus.

”Korang ingat saya sangat cenderung untuk sokong permintaan rakyat untuk keluarkan simpanan mereka dari KWSP jika masih ada pilihan lain ke? Tidak.

“Saya sokong kerana saya nampak kerajaan dah tak berupaya untuk lebih membantu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Najib berkata, jika kerajaan sekarang masih mempunyai RM104 bilion (RM84 bilion (Petronas) dan RM20 bilion (GST), Bantuan Rakyat 1Malaysia mampu beri 4 juta orang B40 sebanyak RM5,000 seorang (RM20 bilion) dan RM3,000 bagi setiap keluarga M40 (RM12 bilion).

Dan, katanya, jumlah keseluruhan cuma RM32 bilion dan masih berbaki RM72 bilion.

Malah, katanya, rakyat boleh menerima sebanyak RM5,000 untuk kali kedua dan ketiga jika ada keperluan.

“Pada ketika kemelesetan ekonomi, cukai pendapatan dan korporat mungkin akan menyusut secara mendadak selain penurunan harga minyak dunia turut memberi impak kepada pendapatan kerajaan dan boleh menyebabkan kesempitan bajet bagi negara ini yang pasti akan membawa kita kepada krisis atau kemelesetan.

Dalam krisis ekonomi, perniagaan akan kehilangan wang dan apabila rugi, mereka tidak lagi membayar cukai pendapatan dan ini turut bermakna ia akan menjejaskan kerajaan.

Pendapatan hasil GST adalah lebih mudah dijangka berbanding kutipan cukai pendapatan atau korporat dan pendapatan dari hasil minyak kerana berdasarkan kepada kepenggunaan.

Tambahnya, biar pun ketika kemerosotan ekonomi, rakyat dan perniagaan masih lagi akan berbelanja, justeru pendapatan adalah lebih stabil.

”Yang kamu bantu ekonomi gelap dengan saiz RM300 bilion setahun, orang kaya yang lebih berbelanja (dan sebab itu lebih dicukai GST) dan importer/exporter yang menipu untuk elak cukai dah kenapa?

”Kita sudah buat elok-elok untuk negara. Kenapa pula korang (termasuk pemerintah hari ini yang juga dalam kerajaan PH) sangat bersemangat untuk rosakkannya masa itu? Kan dah kena hari ini,” ujarnya.

Najib berkata, walaupun kerajaan sedang mengkaji untuk mengembalikan GST tetapi sekarang bukan masa untuk melaksanakannya semula.

Ini kerana, ramai perniagaan-perniagaan kecil yang ‘nyawa-nyawa ikan’ sekarang akan lingkup jika mereka dipaksa berbelanja lagi untuk ubah semula ke sistem GST.

Malah, harga barang yang akan naik semula akibat sistem cukai bertukar sekali lagi (seperti masa SST ganti GST masa PH) akan memberi impak parah kepada rakyat pada ketika pendapatan mereka sudah terjejas. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Si Saka Tua puaka la punca kepada segala masalah yg berlaku skrg nie,
    dia anak beranak dah kaya raya menyamun harta negara,
    pastu duk tuduh n jatuhkan org lain gara2 xikut kehendaknya,
    dia ingat negara nie bapak dia punya??
    dia ingat negara nie anak beranak dia punya ke??
    langsung xpikir pasal kesusahan rakyat dan kestabilan negara,
    SST bagus??lau bagus knp turunkan bantuan bsh??
    mampos la cepat lagi baik daripada hidup menyusahkan ramai org,
    haramjadah betul Si Saka Tua puaka

  2. Saya sekolah dan tidak berpelajaran Tinggi. Tapi Allah bagi saya fikiran yang sangat2 waras utk berfikir mana yang baik dan buruk. Bagi saya sewaktu DSNR menjadi PM beliau sememangnya seorang yang sangat bijak dan berpandangan jauh kehadapan. Ekonomi sangat2 baik semasa beliau jadi PM.
    Tetapi atas faktor politik yang sarat dgn fitnah dan hasad dengki, hari ini ekonomi sangat2 teruk. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin miskin. Betapa Rakusnya klu kita lihat seorang bekas PM 2 kali yang tamak haloba dan betapa Kaya rayanya keluarga beliau tanpa memperdulikan rakyat yang miskin dengan sengaja merosakkan ekonomi negara tanpa rasa bersalah. Hari ni Rakyat ditipu dan dibutakan matanya oleh SiTua ini disebalik apa yang telah beliau lakukan selama hampir 22 tahun menjadi PM. Umpama Ayam Jantan yang berkokok. Tapi ekornya penuh Tahi. Kenapa sampai ke hari ini Rakyat masih buta dan kenapa Beliau tak pernah diDakwa di Mahkamah atas kesalahan yang beliau lakukan.

Comments are closed.