Malaysia Catat 2,188 Kes Positif Covid 19 | EDISI MG 7.45mlm – 24 Nov 2020

Pandemik Covid 19 yang memasuk gelombang ketiga kini telah memecah 2000 kes dan paling tertinggi dicatatkan iaitu sebanyak 2188 kes menjadikan jumlah kes positif pandemik itu di Malaysia adalah sebanyak 58,847 kes, manakala bilangan kes pulih COVID-19 pula 1,673 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan daripada 2,188 kes baharu hari ini, Selangor kekal mencatatkan kes paling tinggi di Semenanjung iaitu 1,623 kes ini kerana Kluster Teratai terdapat pertambahan sebanyak 1,511 kes.