KUALA LUMPUR – Kedah FC memutuskan untuk tidak menyambung kontrak salah seorang pemain paling lama berkhidmat dengan pasuka  itu, Khairul Helmi Johari, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Berita itu disahkan oleh pasukan menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi  kelab itu yang memaklumkan Khairul Helmi atau yang lebih mesra disapa Keon yang telah bersama Kedaf FC selama 14 tahun tiada dalam perancangan skuad kendalian Aidil Sharin itu bagi mengharungi musim 2021.

Bersama Kedah, Khairul berjaya memenangi semua kejuaraan yang ditawarkan dalam saingan Liga Malaysia yang mana beliau memenangi Liga Super (2006/2007, 2007/2008), Piala Malaysia (2007, 2008, 2016), Piala FA (2007,2008,2017,2019), Liga Perdana (2005/2006, 2015) dan Piala Sumbangsih (2017).

Sehingga kini, destinasi pemain berusia 32 tahun ini  tidak dapat dipastikan lagi sama ada kekal beraksi dalam saingan Liga Super atau mencuba cabaran di Liga Perdana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast