Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mengusahakan satu model gelembung sukan yang akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membolehkan perlawanan bola sepak diadakan di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pihaknya akan berkerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan pemegang taruh bagi memperhalusi perkara itu untuk kelangsungan aktiviti sukan yang dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.

“Memang saya mengharapkan aktiviti sukan diteruskan…salah satunya kita mahu melihat model yang dilaksanakan di luar negara. Saya akan pastikan pada tahun depan aktiviti sukan akan diteruskan, kita akan yakinkan MKN tentang gelembung sukan yang baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bagi pihak kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya, bola sepak merupakan satu daripada sukan yang mempunyai pasaran besar kerana setiap perlawanan ditonton hampir lapan juta penonton.

Persidangan dewan bersambung esok.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast