Mohd Azmir Mohd Nizah USIM anti-party hopping act law party hopping politics
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini akan berlangsung dengan masa lebih panjang bagi membolehkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar diputuskan.

Sembilan wakil kementerian akan menyertai sesi penggulungan sebelum pengundian RUU Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 dilakukan secara belah bahagi pada hari ini.

Usul melanjutkan persidangan itu diluluskan selepas dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) sebelum sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) bermula.

“Di bawah Peraturan 12(1), saya mohon mencadangkan mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua kementerian menjawab perbahasan di peringkat dasar RUU Perbekalan 2021.

“Dan diputuskan bacaan yang kedua dan usul mengenai anggaran pembangunan,” katanya dan usul itu disokong oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Semalam Takiyuddin mengemukakan usul mencadangkan persidangan Dewan Rakyat dilanjutkan sehingga jam 3 petang dan usul itu dibuat menurut Peraturan Mesyuarat 12(1).

Sembilan kementerian terbabit dalam penggulungan perbahasan RUU itu iaitu Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kewangan.

Sekiranya masa mengizinkan, undian Rang Undang-undang Perbekalan 2021 itu.

Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama yang dibentangkan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil alih pentadbiran negara pada Mac lepas.

Sebanyak RM322.5 bilion diperuntukkan oada Blanjawan 2021. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.