Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri hadir pada persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 dan Pembentangan Belanjawan 2021 di Pintu Utama Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Syukri memberitahu beliau tidak ada kontak dengan salah seorang pegawai Tourism Malaysia yang telah disahkan  positif Covid-19.

 Nancy berkata, semua pegawai dan kakitangan kementerian yang bertugas di ibu pejabatnya diarahkan menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini.

Bagi menangani penularan wabak pandemik Covid-19, bangunan MOTAC di Putrajaya telah disanitasi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada petang semalam.

Dalam pada itu, Nancy turut memberitahu sebagai langkah berjaga-jaga beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 petang semalam dan keputusannya juga adalah negatif.

Pagi ini, Dewan Rakyat pula di beritahu Ahli Parlimen itu akan menjalani satu lagi ujian Covid-19 bagi memastikan semuanya benar-benar selamat.

Buat masa ini, beliau bekerja dari rumah dan tidak akan hadir sidang Parlimen. -MalaysiaGazette