Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka kawat duri selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88 yang bermula sejak 11 November lalu ditamatkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sepang, Selangor. foto AFIQ HAMBALI, 26 NOVEMBER 2020

SEPANG – Polis akan meneruskan usaha pengesanan penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang belum melakukan ujian Covid-19.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, ia akan dilakukan mulai pagi ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Malah katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkn (PKPD) di Medan 88 sejak 12 November lalu, kerjasama diterima daripada penduduk setempat adalah baik.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88 yang bermula sejak 11 November lalu ditamatkan di Sepang, Selangor. foto AFIQ HAMBALI, 26 NOVEMBER 2020

“Sepanjang kawalan kepungan di Medan 88 ini, tiada penduduk yang telah cuba melarikan diri dari kepungan kawat duri.

“Selepas 12 November itu PKPD bermula, seramai 43 orang pelbagai warganegara telah menyerah diri secara sukarela untuk menjalani saringan dan jumlah keseluruh seramai 965 saringan dilaksanakan dan ada antaranya disaring dua kali.

“Petugas selain Angkatan Tentera Malaysia kesemuanya serakai 138 orang petugas turut dilibatkan saringan dan semuanya negatif, manakala dalam kalangan penduduk di sini cuma 56 orang sahaja positif dan dikuarantin sehinggalah ditamatkan secararasmi 12.01 tengah malam ini,” katanya ketika ditemui pemberita ketika penamatan PKPD di Medan 88 awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof memberi ucapan kepada Anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88 yang bermula sejak 11 November lalu ditamatkan di Sepang, Selangor. foto AFIQ HAMBALI, 26 NOVEMBER 2020

Ditanya dakwan terdapat 400 penduduk Medan 88 melarikan diri sebelum PKPD dilaksanakan di kawasan itu pada 12 November, Wan Kamarul Azran berkata, ketika kepungan mula dilakukan pada jam 6 petang 11 November lalu kesemua mereka masih bekerja dan tidak berada di kediaman masing-masing.

“Mereka berada di luar dan setelah melihat kepungan wayar dan kawalan polis tentera, mereka tak dapat masuk semula ke dalam kawasan Medan 88. Bukan lari dari kepungan.

“Esok (pagi ini) Medan 88 akan dibuka semula kepada perniagaan rutin harian secara normal dan pekedai serta kakitangan mereka dijangkakan berniaga semula.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka kawat duri selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88 yang bermula sejak 11 November lalu ditamatkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sepang, Selangor. foto AFIQ HAMBALI, 26 NOVEMBER 2020

“Pegawai Daerah membuat perancangan untuk polis membantu MPSepang bagi mengesan kesemua mereka berdasarkan jumlah penduduk dan jumlah pekedai yang belum buat saringan,” ujar beliau.

Ujar Wan Kamarul Azran, pihaknya mempunyai anggota selain anggota Cawangan Khas yang akan membantu mengesan penghuni Medan 88 itu.

“Saya tidak boleh buat anggaran tepat, apabila kita saring selepas kesan pekedai cuma 80 orang sahaja berjaya disaring, namun selepas ini saya jangkakan ia dalam lingkungan 200 orang.

“Pekerja yang tidak balik akan dikesan melalui majikan yang membuka premis perniagaan mulai pagi hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette