Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kerajaan akhirnya bersetuju pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i-Sinar dibuka kepada semua lapan juta ahli yang menghadapi masalah kewangan.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

“Justeru, setelah saya berbincang lanjut dengan pengurusan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan bahawa program i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.

“Tidak kira samada disebabkan hilang pekerjaan, ataupun telah terkurang pendapatan mereka tahun ini — ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.

“Tanpa mengira samada ahli tersebut pekerja sektor formal atau
bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak — selagi terjejas pendapatan dengan ketara bolehlah mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 KWSP.

“Dari 2 juta ahli yang layak sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih 8 juta ahli. Tambahan pula, setiap ahli yang sebelum ini dibenarkan mengeluarkan sehingga RM9,000, kini boleh mengeluarkan sehingga RM10,000.

“Mereka cuma perlu memohon di dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP.

“Tunjukkan sahaja bukti mengenai kehilangan pekerjaan,
notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau upah kerja lebih masa mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri,” jelasnya.

Tambah Tengku Zafrul, bagi pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah layak mengeluarkan wang sehingga maksimum RM10,000 berbanding RM9,000 yang diumumkan semasa Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.

Katanya, ini akan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM70 bilion.- MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Ini baru kerajaan perihatin adil Dan memahami hidup rakyat. Kami bukan nak keluarkan untuk shopping malah hanya untuk belanjawan menampung isi rumah je. Itu bekalan hari tua tak patutlah lah kalau di salahgunakan. Terima kasih

  2. Terimakasih Allah, terimakasih Najib. Bagus Najib ni senentiasa membela nasib rakyat.

    Ia amat berbeza dengan sikap MP2 Pakatan Hancing yang tidak menyumbangkan apa2 kebaikan dalam budget kali ni! Mereka hanya membuang masa parlimen?

Comments are closed.