Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Pasaran saham pun didakwa setuju dengan kematangan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan kepentingan ramai tanpa menjejaskan kewangan kerajaan.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan tidak perlu pun hendak menjarah simpanan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) atau menjual aset kerajaan untuk membantu rakyat.

Bursa Malaysia ditutup 14.53 mata, naik 0.91 peratus kepada 1,612.11 petang ini selepas Parlimen meluluskan cadangan Belanjawan 2021.

Penggulungan hari ini menjadi tumpuan kerana Parlimen mengundi untuk Belanjawan 2021.

Sebelum ini, pimpinan UMNO dan BN memberi sokongan bersyarat kepada belanjawan sekiranya kerajaan meluluskan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan kerajaan bersetuju pengeluaran wang Akaun 1 KWSP melalui program i-Sinar dibuka kepada semua lapan juta ahli yang menghadapi masalah kewangan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sembang mcm kambing. Patut lah tanah felda jd mangsa masa korang jaga. Mentaliti korang nak cari duit camni rupanya. Jika benda tu namanya aset, ia tu mcm angsa bertelur emas tau dak. Tempat jana duit, jgn sembelih tp amik telur cukup la. Mcm duit petronas, duit tu akan datang balik nti.
    Tp kalau kau jual aset, dapat duit sekali sahaja. Lepas tu, nganga saja takda income tambahan dah. Bodo!

Comments are closed.