Sebahagian suspek yang terlibat dalam aktiviti penipuan pelaburan ditahan di sebuah hotel di Jalan Changkat Bukit Bintang.

KUALA LUMPUR – Seramai 29 orang ditahan termasuk 23 lelaki warga China kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelaburan dalam talian, SCI e-commerce yang mensasarkan pelanggan dari negara tersebut.

Tangkapan itu dilakukan hasil serbuan di tiga buah bilik di sebuah hotel di Jalan Changkat Bukit Bintang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner, Mohd Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek telah menjalankan operasi di hotel ini selama sebulan dengan sewaan RM100 untuk sebuah bilik.

Sebanyak 20 bilik telah disewa oleh suspek yang ditahan.

Menurutnya, sebanyak 40 buah komputer dan 50 buah telefon bimbit dirampas.

Kes disiasat di bawah Sek.420KK kerana melakukan jenayah penipuan.

Kesemua suspek akan direman esok. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ini bukan bersarang lagi, ini dikira sudah berkampung ni?

    Perlu sisatan lebih mendalam, sabit kesalahan eloklah dicampak kedalam laut Australia sana!

  2. Ini la bahana kakitangan JIM palsukan chop. Warga asing kalau awal2 nak lepas imigresen dah buat jenayah rasuah, agak2 diorg masuk nak buat kerja halal ke? Kakitangan JIM yg lepaskan penjenayah warga asing ini layak digelar PENGKHIANAT NEGARA. Humban dlm penjara dan tarik semua keistimewaan yg ada.

Comments are closed.