TERKINI : Dua Mangsa Kerugian RM 20,000 Dalam Skim Pelaburan ‘LikeShare’ – Saiful Azly Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Dua laporan polis diterima berhubung penipuan skim pelaburan LikeShare yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM20,000 membabitkan dua mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan pengarah syarikat mendakwa mengalami kerugian RM9,888.