Shahril Hamdan
Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR – UMNO berhak mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) berdasarkan komposisi Parlimen yang diraih oleh parti itu.

Dalam masa yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, isu berkenaan perlu dibincangkan pada masa yang sesuai.

Bagaimanapun, menerusi dialog yang ditulisnya di Facebook Shahril menjelaskan, iai tidak bermaksud UMNO terdesak untuk mendapatkan jawatan berkenaan.

“Adakah UMNO desperate hingga hendak mendesak-desak merayu-rayu jawatan TPM? Tidak. Kenapa? Tengok komposisi Parlimen”.

“Kalau ditawarkan, adakah UMNO akan ambil? Ya. Kenapa? Kenapa tidak”? soalnya.

Dialog yang ditulisnya itu dimuat naik serentak dengan perkongsiannya laporan berita yang memetik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai berkata, parti itu akan membangkitkan semula isu jawatan TPM kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik sahaja perbahasan pembentangan Belanjawan 2021 selesai kelak.

Shahril turut memuat naik keratan berita memetik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi menyaranankan agar semua pihak terutama pemimpin parti yang bergabung dalam Perikatan Nasional tidak mendesak dalam isu TPM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. wahai Pemuda,
    tolong jgn buat malu UMNO,
    biarkan sahaja apa yg sudah diputuskan sehingga parlimen dibubarkan,
    xperlu merayu mahupun meminta jawatan drpd midin,
    cuma tolong nasihat pemimpin2 UMNO yg berjawatan dalam kerajaan,
    jgn jadikan UMNO parti yg xde maruah,

  2. Pru15 hrap prti ameno bersatu lebai ni di kuburkn terus.. Selagi depa ada selagi tu lah ngara x aman

Comments are closed.