KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sedang mengesan seorang wanita bagi membantu perbicaraan berhubung kes salah guna kuasa.

Wanita tersebut, Nur Aribah Mohd Noor, 43, mempunyai alamat terakhir di No. 22, Jalan 3/12, Taman Nusabayu, 79100, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Norzaliza Mohd Jannes di talian 07-231 6000 atau 018-771 8183.-MalaysiaGazette