KUALA LUMPUR – Semua produk inovasi dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah meraih pingat bagi penyertaan di eCarnival Research & Innovation (eCRI 2020).

Kejayaan ini membuahkan hasil UTeM membawa pulang 4 pingat iaitu 1 emas dan 3 perak pada eCRI 2020) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang telah berlangsung dari 1 hingga 20 November 2020 lalu yang dilaksanakan secara dalam talian.

Pertandingan ini telah disertai oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari dalam negara.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata, UTeM hanya menghantar sebanyak 4 produk inovasi sahaja.

Keputusan ini menzahirkan kesemua produk inovasi UTeM adalah berpotensi dan terus diiktiraf dunia penyelidikan dan inovasi mampan ini.

Pada eCRI 2020 versi atas talian ini keempat-empat penyertaan UTeM adalah menerusi penyertaan dari kalangan penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP).

Pingat emas telah dimenangi UTeM menerusi produk inovasi yang dikenali dengan nama Indung Madu Getah dan ketua penyelidiknya adalah Prof Madya Ir Dr Mohd Yuhazri Yaakob.

Sementara itu, 3 produk inovasi yang telah memenangi pingat perak pula adalah An Optimization Tools of Refresh Rate Towards Dust Exposure of PA12 SLS Handling Process diketuai Amir Abdullah Muhamad Damanhuri.

Manakala 2 produk lagi adalah Water Quality Analysis Using Hydro Quality Survey Sensor diketuai Mohd Idain Fahmy Rosley dan HVAC Virtual Laboratory for Recirculation Air Conditioning System Training Unit Using Matlab / Simulink diketuai Mohd Faez Zainol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast