Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan balas Menteri Kewangan berhubung penurunan penarafan kredit oleh Fitch Ratings semalam adalah membimbangkan.

Ketua Pembangkang yang juga bekas Menteri Kewangan itu berkata, jawapan balas yang diberikan oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz gagal menjawab persoalan dan kebimbangan yang dilaporkan Fitch Ratings iaitu kestabilan politik dan tatakelola.

“Wujud sedikit harapan bahawa pelantikan seorang teknokrat seperti Menteri Kewangan akan dapat meminimakan jurus dan langkah politik.Taidalam mempersiapkan negara ini dengan jalan keluar bersama pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan.

“Kita masih belum tahu dari mana sumber dana bagi memperoleh vaksin Covid-19, dan kita juga belum pasti bagaimana kerajaan akan bangunkan semula tunjang ekonomi negara, yakni perusahaan kecil dan sederhana yang rata-ratanya dari kalangan Melayu dan Bumiputera yang terjejas teruk.

“Semak turun penarafan ini hanya mengukuhkan tanggapan kita selama ini bahawa Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang komited pada agenda reformasi serta telus, inklusif dan punya halatuju yang jelas.

“Sebaliknya apa yang dihidangkan kepada kita hari ini adalah kekeliruan dan ketidakstabilan, yang pastinya akan merencatkan usaha untuk keluar dari wabak ini dengan jayanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu, membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang prestasi yang jauh lebih rendah dari negara ini adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Katanya, tidak ada perubahan yang nyata berlaku kepada Malaysia pada hari ini, manakala negara-negara serantau seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam pula telah mula mendakap realiti digital dunia.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Org politik pun duduk la diam diam sekejap. Korang asik dengan langkah sumbang korang, camna Fitch nak bagi rating elok. Berbuih mulut Menteri nak explain pun tak guna jika pandir politik sembang cam kari kambing.

Comments are closed.