Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) sedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil di Perak.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, langkah itu adalah demi kepentingan rakyat dan PH bersedia untuk bekerjasama dalam membentuk kerajaan pelbagai kaum yang kukuh.

“Saya terbuka untuk perbincangan yang membina dan kami sudah bersedia,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp yang dikongsi bersama media hari ini.

Kor Ming mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk membentuk jajaran baharu politik di Perak.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, mereka akan mencuba seboleh mungkin untuk mengekalkan kerajaan di bawah kepimpinan Menteri Besar terdahulu.

Sementara itu Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, keutamaan PH sekarang ialah menjaga kepentingan rakyat yang menderita sepanjang pandemik Covid-19.

“Kami tidak akan menyertai UMNO. Amanah dan PH bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk UMNO untuk membentuk kerajaan yang kuat dan stabil di Perak,” ujarnya.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Selvador Rizal Mubarak pula dalam jawapan ringkasnya menyatakan, mereka bersedia demi untuk melakukan apa sahaja demi kepentingan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Kita rakyat jugak jd alasan. Mengaku ja lah kemaruk kuasa. Takyah dok libatkan kami rakyat ni woi. Kami tak suruh pun buat undi suma tu. Tak suruh pun hampa berkelahi rebut jawatan.

  2. Pendatang cina keling dari dulu lagi sememangnya pandai katok mentality Pak Pandir politikus kemaruk sokongan undi pendatang cina keling menang sorak kampung tergadai sehingga tanah Melayu kini merosot ke 12% di antara padah-padah lainnya Kontrak Sosial kongsi kuasa konon.

Comments are closed.