Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak susut hari ini susulan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia terus melonjak, mendorong pelaksanaan sekatan pergerakan.

Sekatan terbaharu dilaksanakan di selatan California.

Niaga hadapan Brent susut AS$0.16 atau 0.3% kepada AS$49.09 set setong manakala West Texas Intermediate pula jatuh AS$0.19 atau 0.4% kepada AS$46.07 setong,

Kedua-dua penanda aras telah meningkat bagi minggu kelima berturut-turut pada minggu lalu.

”Minyak mentah mengatasi keuntungan selelepas Los Angeles mencatat rekod tertinggi dalam kes koronavirus, selain Korea Selatan turut meningkatkan tahap waspada mereka,” kata Edward Moya, penganalisis pasaran kanan di OANDA.

Kedudukan harga minyak turut didorong pertambahan aktiviti di pelantar minyak dan gas asli untuk kali ke-11 dalam 12 minggu walaupun kebanyakan aktiviti ekonomi memotong perbelanjaan tahun ini dan seterusnya.

Sementara itu, Iran telah mengarahkan Kementerian Minyak untuk menyiapkan pemasangan untuk pengeluaran dan penjualan minyak mentah dengan kapasiti penuh dalam tiga bulan, menurut media tempatan.

“Menambah tekanan pada harga minyak adalah potensi Iran meningkatkan pengeluran dalam tiga bulan.

Iran optimis Amerika Syarikat (AS) akan melonggarkan sekatan jika mahu perjanjian nuklear 2015 dikuatkuasakan semula,” tambah Moya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast