Ayatollah Ali Khamenei . foto Agensi

DUBAI – Pegawai tertinggi yang rapat dengan Ayatollah Ali Khamenei menafikan tahap kesihatan pemimpin tertinggi Iran itu semakin merosot.

Khamenei berusia 81 tahun.

””Dengan rahmat Tuhan dan dengan doa yang baik Ayatollah Khamenei dalam keadaan sihat dan sibuk menjalankan rutinnya,” kata Mehdi Fazaeli menerusi Twitter.

Fazaeli telah bekerja di sebuah pejabat yang menerbitkan karya Khamenei.

Tweetnya turut dilaporkan oleh agensi berita Fars.

Tahap kesihatan Khamenei menjadi spekulasi selepas merujuk tweet seorang wartawan yang melaporkan pemimpin itu telah memberi tanggungjawab tugas kepada anaknya.

Khamenei menjadi pemimpin Iran sejak tahun 1989. Beliau mempunyai kuasa untuk memberi kata putus membabitkan negara.

Kesihatannya sering menjadi spekulasi sejak beberapa tahun lalu.

Susulan spekulasi itu Bursa Tehran susut 10,000 mata pada hari Isnin.

Seorang pegawai keselamatan di Israel yang mengikuti perkembangan musuhnya berkata: “Kami mengetahui khabar angin ini dan menganggapnya hanya khabar angin”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast