Bandaraya Singapura. foto Agensi

DAVOS – Forum Ekonomi Dunia, acara tahunan bagi pemimpin politik dan ekonomi yang selalunya diadakan di sini setiap tahun, akan diadakan di Singapura tahun depan.

Perubahan itu dibuat demi keselamatan dan kesihatan.

”Berdasarkan situasi semasa terutama membabitkan kes-kes Covid-19, Singapura dipilih untuk menjadi tuan rumah,” katanya.

Singapura dilihat berjaya menguruskan krisis Covid-19.

Kementerian Kesihatannya Singapura memaklumkan, pada masa ini ada 28 orang yang dirawat di hospital tetapi tidak ada yang berada dalam unit rawatan rapi.

Malah, tiada kes direkodkan dalam komuniti.

Angka kematian akibat Covid-19 di Singapura berjumlah 29 orang.

Mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia dirancang berlangsung di Singapura dari 13-16 Mei, sebelum kembali ke Switzerland pada tahun 2022.

Ini adalah kali kedua acara tersebut diadakan di luar Davos dalam sejarahnya.

Kali pertama diadakan pPada tahun 2002, forum ini dianjurkan di New York untuk menunjukkan solidariti selepas serangan 9/11.

Klaus Schwab, pengasas forum ini pada tahun 1970an berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan mengenai pemulihan dunia daripada pandemik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast