KUALA LUMPUR – Dua selebriti terkenal tanah air Neelofa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza tersenarai sebagai antara 100 individu berpengaruh di media sosial pada peringkat Asia Pasifik.

Pemilihan itu dibuat menerusi Forbes.com, laman web majalah perniagaan yang menyenaraikan ‘100 Asia-Pacific’s Most Influential Celebrities on Social Media’.

Menurut laman web tersebut, pemilihan dibuat berdasarkan pengikut di platform media sosial serta selebriti yang cukup aktif berinteraksi dengan para peminat.

Turut dijadikan pertimbangan peranan dan kemampuan meningkatkan kesedaran serta menggunakan pengaruh mereka untuk membantu membendung pandemik Covid-19.

Selain kedua-dua artis berkenaan, turutdisenaraikan selebriti dari dari India, China, Singapura, Thailand, Australia, Filipina dan Indonesia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast