Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Usaha melawan rasuah menjadi retorik berulang jika semua pihak gagal mengubah sikap dan iltizam politik.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, reformasi institusi menjadi tunjang dalam menggendong matlamat namun impian tersebut belum terwujud secara nyata.

Katanya, langkah itu perlu bermula daripada pihak yang berada di puncak kuasa kerana usaha membanteras rasuah memerlukan integriti dan kekuatan.

“Setiap institusi perlu dijamin bebas pengaruh eksekutif dan pemuka politik. Reformasi institusi penting bagi mengelakkan kebocoran dan ketirisan bantuan kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2020.

Anwar turut mengajak rakyat Malaysia membetulkan sikap terhadap rasuah dan membangunkan bangsa bermaruah serta berintegriti.

“Sehingga kini masih banyak yang mesti dilakukan negara ini bagi membanteras rasuah dan meletakkan Malaysia pada jalur demokrasi yang mempunyai kekuatan institusi,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.