Muhammad Azri Wan Deris

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak perlu mengulangi penubuhan gabungan besar membabitkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini kerana gabungan tersebut telah wujud dan kerajaan hari ini juga wujud atas kesepakatan yang dibuat oleh pemimpin parti terbabit.

Sebaliknya, Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, Bersatu sebagai ‘abang besar’ dalam kerajaan perlu fokus membantu memperkasakan BN, Pas dan GPS bagi berhadapan dengan pakatan pembangkang pada PRU-15.

Malah, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera melibatkan kesemua kepimpinan parti kerajaan dalam semua perkara dasar yang membabitkan kepentingan negara dan rakyat.

Ini termasuk isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium yang dituntut oleh rakyat melalui suara Ahli Parlimen BN hingga saat ini belum dimuktamadkan lagi, ujarnya.

”Apa sahaja cadangan yang baik dari parti kerajaan perlu dibincangkan dan dipastikan ianya dapat dijayakan bagi terus memberikan keyakinan kepada rakyat akan kemantapan kerajaan PN,” katanya.

Tambahnya, pembangkang tidak akan pernah berhenti dari terus memecah belahkan kesepakatan yang dibuat parti kerajaan dan PH juga tidak pernah berhenti menghasut rakyat untuk menolak gabungan besar yang ada dalam kerajaan.

Menurutnya, rakyat sudah tolak PH dan rakyat boleh menerima kerajaan hari ini yang dibentuk bukan melalui mandat rakyat maka wajarlah kepimpinan kerajaan terutama dari parti Bersatu tidak melakukan perpecahan.

Bersatu perlu jujur dalam gagasan besar ini supaya sesama parti membina kepercayaan antara satu sama lain dalam memikul amanah rakyat, tambah beliau. – MalaysiaGazette

Bersatu cadang gagasan besar 3 gabungan parti

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Lain macham pulak tune kali ni. Baik papagomo promosi supaya UMNO bergerak sendiri. UMNO kan taiko besar. Sampai dlm BN suara MIC n MCA tak mau pakai. Last2 dua dua parti kena reject. Sampai masa PN gerak sendiri dgn parti2 yg dah serik ngan UMNO. Boleh la PN letak calon di semua kerusi. Kita tgk taiko besar makan pasir lepas PRU15 nanti

Comments are closed.