KUALA LUMPUR – Harga runcit produk petroleum naik sebanyak tiga sen seliter bermula tengah malam ini hingga 18 Disember depan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit RON95 naik kepada RM1.73 seliter, RON97 dijual pada harga RM2.03 seliter manakala harga diesel ialah RM1.93 liter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette