gambar file
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Macam-macam perkara buruk boleh terjadi apabila cinta tidak berbalas.

Itu yang dikatakan berlaku kepada seorang remaja yang bernekad membunuh diri dengan mengelar leher sendiri di depan mata gadis pujaannya di Pangsapuri Laksamana Jaya, di Jalan Kampung Laksamana, Selayang, Gombak dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, semasa kejadian pukul 2.47 petang itu, polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian orang cuba membunuh diri.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki India berusia 19 tahun semasa berada di rumah teman wanitanya telah berlaku salah faham antara mereka.

“Teman wanita mangsa telah meminta untuk memutuskan hubungan tetapi mangsa cuba memujuk gadis itu namun wanita yang menjadi pujaan hatinya tidak berganjak dan tetap mahu memutuskan hubungan.

“Akibat tidak dapat menahan kekecewaan, mangsa pergi ke dapur rumah teman wanitanya dan mengambil sebilah pisau pemotong sayur lalu mengelar leher sendiri hingga pengsan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Teman wanitanya yang terkejut dengan tindakan itu  menghubungi hospital bagi mendapatkan ambulans bagi menyelamatkan mangsa.

“Ambulans bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.

“Polis memulakan siasatan insiden itu di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” tegasnya sambil menjelaskan keadaan mangsa yang menerima rawatan itu kini stabil.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Aiy yo yo tambi yen na dey. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum, Tambi ingat lu punya girlfriend syok kat jantan yang kelar leher ka?

Comments are closed.