Nasrul Ali Hasan Abdul Latif
Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

KUALA LUMPUR – Pembelaan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tetap dalam agenda perjuangan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Ketua Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, pergerakan itu dari awal menyelusuri dan membuat pelbagai gesaan kepada kerajaan dan pihak berkuasa menuntut keadilan yang menimpa anak Mohd Kassim.

Beliau berkata,  pada 17 Disember ini genap dua tahun Allahyarham Muhammad Adib pergi meninggalkan keluarga tercinta.

“Kita doakan agar keluarga Mohd Kassim mendapat pembelaan atas kematian anaknya dalam kadar segera.

“Allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia akibat cedera parah dipukul perusuh dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield Selangor tetapi kesnya masih sepi tanpa khabar berita.

“Sayu hati si bapa minta pembelaan daripada kerajaan, namun tidak diendah dan seperti sengaja dilengahkan,” katanya dalam Ucapan Dasar sempena Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Wira Putra Kali Pertama 2020 di Dewan Wisma Sejarah di sini malam semalam.

Menurut Nasrul Ali Hassan, selain membela kematian anggota bomba, Wira Putra bersama Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman turut bangkit dalam isu pencerobohan tanah haram di Raub, Pahang baru-baru ini.

Ujar beliau, isu itu diketengahkan Putra dengan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk hingga menghantar memorandum bantahan rasmi ke Istana Sultan Pahang.

Semua itu katanya, dilakukan Putra semata-mata untuk memperjuangkan tanah di bumi Melayu ini daripada diceroboh sewenang-wenangnya oleh pihak berkepentingan.

“Lebih mengecewakan, kira-kira 4,400 hektar tanah kerajaan negeri itu diceroboh, tetapi tiada tindakan diambil ke atas kumpulan penceroboh.

“Sedangkan, seorang veteran tentera di Taiping, Perak menceroboh tanah sekangkang kera, dipenjara dua tahun dan denda RM50,000,” katanya.

Kata beliau, kalau kes berkaitan rakyat, begitu cepat mereka dihuku, tetapi wujud sikap pilih kasih dalam kes penceroboh hutan di Raub.

Jelasnya, kini ada anasir dalam negara sedang menjarah tanah dan dibiar begitu sahaja oleh pemimpin.

Jelas sekali, katanya, maruah bangsa Melayu sedang dibuli dan dipijak-pijak.

Kata Nasrul Ali Hasan, Putra lahir dari kerakusan pemimpin politik dan wakil rakyat yang dahulunya melaung hidup Melayu tapi kini menjadi Si Kitol mengkhianati bangsa sendiri.

Pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) ketika itu membiarkan pihak tertentu meratifikasikan ICERD dan Statut Rom untuk menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

“Landskap politik yang kian mencabar, berlaku penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan sumbang bebas, maka Putra merasakan ia perlu segera dibaiki sebelum menjadi barah.

“Kita menitikberatkan moral dan integriti individu yang memimpin tidak menjurus kepada perbuatan khianat, fitnah dan melanggar hukum Allah serta undang-undang yang digariskan dalam negara ini.

“Kepimpinan melalui tauladan bukan sekadar bermakna kepimpinan parti itu bersih dan dilihat bersih, tetapi yang paling utama adalah jujur dan ikhlas,” katanya.

Menurut beliau, generasi kini bukan sahaja terdedah pelbagai bentuk pengetahuan malah memiliki pelbagai sumber ilmu alternatif membolehkan mereka membuat perbandingan dan penelitian untuk mendapatkan kepastian serta kesahihan terhadap isu yang berlaku.

Beliau menjelaskan, gelombang hari ini adalah gelombang rakyat marah kepada PH dan terbaharu Perikatan Nasional (PN) serta Muafakat Nasional (MN) yang memperdaya rakyat atas nama perjuangan Melayu dan Islam.

“Kita lihat secara mata kasar ia seperti tiada apa, namun hakikatnya ramai anak muda mula protes dalam hati dan membenci segala penipuan dan retorik politik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Si Kitol kan Keling. Pokok masaalahnya adalah keunikan mentality Pak Pandir politikus kemaruk sokongan undi pendatang buruh cina keling yang dulunya menguntungkan ekonomi penjajah British ironiknya diberi warganegara tempatan untuk menang sorak kampung tergadai sehingga tanah Melayu kini merosot ke 12%.
    Tibalah masanya pribumi Melayu ikut contoh negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Dominican Republic enggan ikhtiraf kaum pendatang tinggal lama sehingga cucu-cicit sebagai warganegara tempatan dengan menaikkan cukai ke atas kaum pendatang demi menangani rasuah sambil menjamin hak keistimewaan pribumi mereka.

  2. Engkau nak HAPUS RASUAH bagaimana kalau yang beri RASUAH tidak dipenjarakan, hanya didenda sahaja?

    Tengok apa sudah jadi kepada Cina yang mangaku MERASUAH Tengku Nan, dia tidak dipenjarakan sedangkan kesalahan yang dilakukan SANGAT BERAT & MERBAHAYA kepada masyarakat!

    Perkara ini secara tak lansung akan mempopularkan INSDUSTRI RASUAH di Malaysia?

    Ramai layman yang mahukan penjelasan!

  3. Sblm dpt kuasa lantang berhujah bagai tuntut keadilan lah apa lah.. Bila dh ada kuasa senyap sepi mulut kunci… Lahanat betollah…PASial yg lntang tu pon dh sendu….mmg betollah penunggang agama…. Bageroo

Comments are closed.