KUALA LUMPUR – Polis Kontinjen Selangor telah mengesan berita palsu yang tular di media sosial tertera tulisan “PKPD di Selangor serta merta mulai 12 Disember 2020 dan semua pintu masuk dan keluar Selangor”.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kenyataan yang dikeluarkan itu adalah tidak benar dan palsu.
“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar tenang dan tidak mudah mempercayai serta terpengaruh dengan berita berita yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Azam turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih.
“Perbuatan penyebaran sebegini boleh menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyaeakat dan boleh menggugat ketenteraman awam,” tegasnya.- MalaysiaGazette
















