PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua individu yang menjadikan jenayah pecah pejabat dan kedai sebagai ‘hobi’ nampaknya tidak dapat bertahan lama.

Ini kerana kedua-dua suspek berusia 33 dan 28 tahun itu dicekup polis semalam bersabit satu kejadian pecah kedai dan pejabat di Damansara dekat sini pada 27 November lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kedua-dua suspek itu melakukan jenayah pecah pejabat di kawasan Ara Damansara mengakibatkan pelbagai barangan pejabat antaranya komputer riba berjenama Lenovo, alat pengukur jubin dan kamera jenama Sonny.

“Berdasarkan hasil maklumat risikan yang diperoleh, polis IPD Petaling Jaya telah melakukan serbuan di sebuah flat di Lembah Subang sekitar jam 6.15 petang semalam.

“Hasilnya tangkapan dibuat ke atas dua warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Hasil pemeriksaan lanjut di rumah iu polis merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan pecah pejabat itu.

“Siasatan awal mendapati kedua-duanya mengaku terlibat dalam kegiatan pecah pejabat itu dan turut terlibat jenayah curi di kedai serbaneka 7 Eleven, Mutiara Tropiciana,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Nik Ezanee, semakan rekod lampau ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka mempunyai rekod dalam kes jenayah dan dadah.

“Kedua-dua suspek direman selama lima hari dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh maksimum 14 tahun atau denda dan sebat.

“Kita juga berjaya merampas sebuah kereta Toyota milik suspek disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah,” tegas beliau.- MalaysiaGazette