LONDON – Sebanyak 72.2 juta (72,221,006) orang dilaporkan telah dijangkiti oleh novel coronavirus di seluruh dunia, menurut worldodometer.
Daripada jumlah jangkitan itu, seramai 50,607, 364 pesakit dilaporkan pulih dan 1,613,868 orang telah meninggal dunia
Koronavirus terus menyebar ke seluruh dunia dengan sekitar 72 juta kes disahkan di 190 negara dan lebih daripada 1.5 juta kematian.
Virus ini terus melonjak di kebanyakan wilayah dan negara-negara yang berjaya membendungnya semasa gelombang pertama.
Amerika Syarikat (AS) telah mencatatkan lebih daripada 15 juta kes dan hampir 300,000 kematian akibat koronavirus, angka tertinggi di dunia.
Kes harian telah mencapai tahap tertinggi sejak awal November dan kini terdapat lebih 100,000 orang di hospital, lebih banyak daripada kedua-dua gelombang sebelumnya.
India dan Brazil mempunyai jumlah kes kedua dan ketiga tertinggi, masing-masing mencatat 9.8 juta dan 6.88 juta kes.
Jangkitan telah dilaporkan di lebih 218 negara dan wilayah sejak kes pertama ditemui di China pada bulan Disember 2019.
Di Washington, AS mencatat angka tertinggi kes positif Covid-19, kematian dan kemasukan hospital dalam tempoh 24 jam sejak bermulanya wabak ini.
Menurut Universiti Johns Hopkins, AS mencatatkan 231,775 kes Covid-19 baru dengan 3,309 kematian. – MalaysiaGazette
















